Daftar dengan XM anda akan mendapat free coaching dan signal dari saya

daftar di sini anda akan mendapat free signal dan coaching dari saya

Thursday, 18 March 2010

Ayam Sabung

Bila terbaca blog Mazidul tentang laga ayam di kalangan pendatang warga Indon, teringat saya masa bekerja di Putra Height tahun 2000. Saya bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan. Pekerjanya 100% warga Indon, ada yang berpermit dan ada juga yang tak ada. Kebanyakkannya tinggal dalam kawasan pembinaan. Syarikat tersebut mempunyai 30 pekerja dari Lombok dan ada permit, yang lain dari sub-kontraktor dan kebanyakannya tiada permit. Majoriti dari Pulau Madura. Yang lain dari Surabaya, Jawa Timur.

Yang dari pulau Madura ini memang jenis kasar dan kurang adab. Mereka banyak bela ayam laga. Sebagai pegawai di tapak, sudah banyak kali saya halang mereka dari membela ayam tapi langsung tak dipedulikan. Akhirnya saya mengalah. Saya cuma menasihatkan mereka supaya ayam2 tidak dibiarkan berkeliaran dalam bangunan yang masih dalam pembinaan.

Selalunya yang memiliki ayam ini adalah ketua rumah kongsi kumpulan puak tersebut. Dia baik dengan saya. Setiap pagi saya lihat dia melatih ayam sabung ini. Ayam yang terpilih disimpan dalam kandang dan dilatih secara intesif. Dia gantungkan bekas makanan untuk melatih ayam mendonggakan lehernya. Tujuan supaya leher ayam kuat. Digantungkan juga tulang lembu yang masih ada sedikit daging. Ayam akan melompat untuk memakan daging tersebut. Tujuannya supaya leher dan paruh ayam jadi kuat. Bila memagut kepala ayam lawan boleh tersiat. Ayam juga dicampak dalam kolam. Tujuannya untuk kuatkan kepak.

Bila ayam sudah sedia untuk berlaga, pisau diikat di kedua taji ayam tersebut. Mata pisau yang digunakan memang tajam, setajam pisau cukur. Dia cakap kalau tersilap tangkap jaripun boleh putus. Saya pernah terlihat mereka menjahit leher dan kepak ayam laga. Bila ditanya, dia cakap baru lepas sabung, luka sikit saja. Untuk pergi bersabung, mereka akan kutip wang daripada kawan sekerja. Boleh sampai 2 ke 3 ribu ringgitlah juga. Selalunya mereka pergi satu kereta. Lokasi tak menentu. Ayam dibawa sekurang2 tiga ekor. "Tak takut kena tangkap ke?" Dia jawab, "polis kawasan situ pun tau, dah bayar dah." Sejauh mana kebenarannya, saya tak pasti. Tapi yang pasti sepanjang 5 tahun di sana, tak pernahpun saya dengar mereka diserbu.

No comments:

Post a Comment