Daftar dengan XM anda akan mendapat free coaching dan signal dari saya

daftar di sini anda akan mendapat free signal dan coaching dari saya

Thursday, 27 May 2010

Cara Menghalau Monyet

Semasa bekerja di Senawang projek kami terletak bersempadan dengan kawasan hutan.  Tiap2 hari kongsi pekerja akan diserang sekumpulan monyet.  Habis barang2 mereka rosak dan hilang.  Paling teruk bila bekalan makanan yang di simpan turut rosak dan hilang.

Satu hari seorang pekerja minta saya belikkan rantai anjing.  Bila ditanya nak buat apa, dia cakap nak jerat monyet.   Keesokkan harinya saya belikan rantai anjing dan berikan kepadanya.  Diapun mulakanlah projek menjerat monyet.

Cara-caranya :-
  • Sediakan kelapa muda, tebuk lubang dan lubang itu hendaklah sebesar lengan budak kecik. Buat satu lagi lubang semuat rantai anjing tadi, masuk kan rantai tadi dan ikat kuat2 supaya tak tercabut.
  • Ikatkan kelapa muda ke sebatang pokok atau tiang.  Kemudian masukkan pisang separuh masak kedalam kelapa yang sudah di tebuk.  Keluarkan sikit supaya boleh nampak oleh monyet tadi.
  • Biarkan kat situ.
Saya tanya berkesan ke jerat ini, dia jawab "bisa dibuat di kampung bang".  Saya pun ikut sama pasang jerat tu saja nak tengok keberkesanannya.  Kami masuk bersembunyi kedalam dalam salah satu rumah kongsi.  Jerat tadi diletakkan atas tempat masak dan memang disitu jugalah selalu monyet2 suka menyerang dulu.

Seperti biasa bila pekerja2 lain pergi bekerja mulalah monyet ini datang mencuri dan menyelongkar dapur masak tadi.  Tiba2 salah seekor monyet tadi ternampak buah kelapa muda dan mengambilnya.  Bila diangkat saja kelapa ternampak oleh monyet tadi pisang didalamnya. Ia pun masukkan tangannya untuk mengambil buah pisang itu. Apa lagi tersangkutlah tangannya. Macammana tidaknya, monyet bila dah genggam buah pisang tadi ia tak akan lepaskan balik.  Dalam keadaan tangan tergengam macammana nak lepas lubang kecil tadi.

Tangkap monyet tadi, hati2 jangan sampai kena gigit.ikat keseluruhan badannya dengan kain biar tak dapat bergerak. Ambil pisau cukur, cukur kepala dia hingga botak. Ambil cat merah, cat keseluruhan kepalanya dan mekap sikit muka dia dengan cat hitam atau biru.  Lepaskan ia balik.  Ia akan terus balik pada kumpulannya.

Sampai saja ke kumpulannya, monyet2 lain tadi terus lari lintang pukang ke dalam hutan.   Bila saya tanya kenapa jadi begitu,  pekerja saya tadi pun terangkan. Bila monyet2 lain nampak monyet yang dah diubahsuai tadi, monyet2 lain akan lari masuk hutan sebab takut tengok ada makhluk lain kejar mereka.  Monyet yang dah diubahsuai tadi akan ikut sama sebab itu kumpulan dia, jadi makin jauhlah monyet2 tadi sebab sentiasa diikut oleh monyet yang diubahsuai itu.  Bila ditanya apa akan jadi pada monyet sekor tadi, di jawab "Tak tahulah, mungkin kena bunuh mungkin terus lari menyendiri jadi monyet tunggal, apapa pun, sekurang2nya aman sikit kongsi itu dari serangan monyet".


.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. aku dah buat dah, aku tangkap sekor, aku spray je cat merah kat mana2 bahagian badan & muka monyet tu, then aku lepaskan semula dan monyet modified tu terus je berlari cari (kejar) kawannya yg terkejut dan melarikan diri darinya.. tapi cuma 2 hari je, lepas tu yang modified tu dah macam cari BOSS pulak bawak geng2nya datang berpesta di dalam pagar rumah aku... haiyyaaa...!!

    ReplyDelete
  3. wah! dia datang balik bawak geng baru ke? Mungkin sebab kepala dia tak botak, so dia tak rasa apa2 kot... lagi pun kalo spray kat bulu dia tanpa dicukur dulu, mmg mudah ilang lama2

    ReplyDelete